12 Mei 2014 - 05:58
Hubungan pengganas Boko Haram dengan Erdogan dan Ikhwanul Muslimin

Sebuah akhbar Turki mendedahkan polisi pembelaan kerajaan Erdogan terhadap pengganas Boko Haram.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Akhbar Aydınlık semalam mendedahkan gerakan pengganas Boko Haram mempunyai hubungan dengan parti pimpinan Erdogan dan Ikhwanul Mulimin Mesir.

Aydınlık yang terkenal dengan kritikan keras terhadap politik Recep Tayyip Erdogan mempertikaikan kerajaan Turki yang masih belum mengeluarkan kecaman terhadap pengganas Boko Haram.

Sambil menceritakan keganasan Boko Haram yang telah membunuh ratusan jiwa di Nigeria dan penculikan gadis-gadis, ia menambah, "Kerajaan Erdogan sedang berusaha mempertahankan pemberontakan di Syria, Libya dan Mesir. Ini disebabkan tidak ada sebarang reaksi terhadap penculikan gadis Nigeria yang dilakukan Boko Haram dan ia lebih memilih untuk menyepi".

Tambah Aydınlık lagi, sebuah rakaman suara antara pegawai syarikat penerbangan Turki dan pegawai Erdogan mengenai pengiriman sesuatu yang mencurigakan ke Nigeria telah tersebar.

Dalam salah satu siri keganasan kumpulan Boko Haram telah menculik 270 gadis berusia 17 hingga 12 tahun di Timur Laut Nigeria untuk dijual atau dipaksa berkahwin dengan anggota mereka.

Aydınlık menulis, "Ketika PBB, Amerika, Perancis dan beberapa negara Barat telah mengecam perbuatan Boko Haram, kenapa Erdogan tidak berkata apa-apa terhadap pengganas tersebut".